Saturday 17 September 2011

geram ku kerana dia.ahaa!

salam,


disebabkan blog ni ta ramai dan ciput2 manusia je tahu.Maka aku isytiharkan. Blog ni as diary aku dan luahan hati aku. Siapa2 yang boleh buka blog aku ni,kira bertuahlaa coz aku malas nak tulis diari,diari aku nilah, blog ni. Aku terus tulis dekat sini, senang cerita!.haaa


Aku dah nak final, final as dak U tuu..wuuuhuu. Hmm, tiba2 aku malas nak tulis lak. K K..Kes ni terjadi semalam.

Aku tak taw lah. Berani betul dia hilang kan mood baik aku semalam. Yup,punce memang aku yang mulekan.
Aku lagi bape hari nak final, ley lak aku melaghaa kan diri aku bace blog Abang K aku, Blog pakcik benben, dan blog kenderaan korang, 3 3 blog ni blog feveret aku. lagi pakcik benben.dia ade cerita yang bersambung2 dan reality weyhh..buat aku tertanya2.huh. follower diorang pon ramai. aku?? alahai



Dan sejak nak final ni jugaa aku asyik layan movie2 kat wayang, terbaru ni  yang zizan berlakun tu. dengan Final destination. Pastu kawan aku setiap kali lepak mall, bawa balek cd. Tak kisah laa cetak rompak ke Ori.(K budak law ta layan cerita pirate2 ni taw.) Cane aku ley ta tengok, mestilah aku layan. dah die offer cd cd tu kat aku.Kalau bukan aku tengok cd tu, sape lg weyhh nak support cerita2 luar dan dalam negara? sape weyhh? aku gak..hemmm. Baik kan aku? ehem

Dan si F ni maraa lah. K dia tak mara tengking2 aku, cuma banyak kali nasihat dan ingatkan aku.



"Awak nak final, fokus wak..fokus.."
Mule2 memang dia bersabar ngan aku. Aku cakap cam ta serupa bikin..ta nak wat. tapi wat gak. tak nak gi wayang lagi, tapi teduduk lak kat dalam wayang..Acemane? pastu aku layan mvie lagi..tu belum lagi kalau orang pelawa aku gi karaoke. Aku pantang dengar karaoke2 ni..huuuuu.. walaupun suara aku tak sedap,aku memang rindu karaoke..Lame siot ta karaoke.2bulan kot, hmm, sebab aku hormat die, die tak suke aku karaoke sampai lewat2 malam. EH tapi aku suke. heh


Dan malam tadi dak2 rumah aku lak beli cd cetak rompak cerita hantu. Kitorang pas makan jadikan ruang study tu macam ruang tamu lak. Best kot tengok ramai2. Aku pun menggatai mecej die.. ajak die tgk skli..(kirenye cam teman aku mcj laa)

Pastu dia nasihat aku suruh study..aku pun blah masuk bilik.aku ikut cakap die,aku masuk bilik dan try stdy. Walhal kawan2 aku kat luar dah tepekik terlolong daa. Mane aku ley study camni. Hope dye teman aku sambil mecej aku..tapi dye blah. pehh.. aku mecej, banyak kali aku mecej bertanyakan dia nak teman aku study atau ta. ( nak laaa, nak laaa, aku takot ni. NGADE.)

dye cakap pe? Tape, ta nak kacau aku, ta nak aku leke lah apelah..
KUANG ASAM.!aku dah dalam bilik dah ni.sorang2 lak tu..terbayang2 cerita tadi.die ley lak ta nak teman aku. Aku selame ni kalau g mall ke, g mane2 ke, aku study weyhh..huh.

AKU BENCI ORANG PAKSA aku study, siez

pastu die ta nak reply mcj aku..MEMANG...aku pun tulis kat wall fb aku.
' Anda selalu tiada semasa saya perlukan anda, Terima Kasih~'


maka, ramai lah kawan2 aku like dan komen.ade gak yang meluahkan bende yang sama macam aku rasa. dan aku pun reply lah ape ntah..macam ni lah bunyi nye lebih kurang
' dah la k,aku nak stdy, aku ase bodoh lak ade rase cam ni.huh..'



Dan aku dengar banyak kali fon aku berbunyi. Time ni aku dah start study.Dan aku wat bodoe je dan aku silence kan fon. PADAN MUKE.


tapi aku mecej die.ague punye argue punye argue, dia cakap bai2 kat aku dan suruh aku study..What?! 
dan ayat mcj dia yang wat aku menyesal dan tersedar aku dah wat silap

"Even kte d rse sket aty ngn awk, i2 antre kte ngn awk..kte x prnah burukkn awk kt kwn2 kte yg lain...."


k, die trase ngn apa yg aku post kn kat wall aku. weyhhh! aku ta mention name dye pon. TAK MENTION pon. tak semestinye aku tujukan kat die..(tp memang aku tujukan kat die pon) coz aku geram.HUH!HUH!HUH!

pastu aku try call,call dan call. die ley pulak off call aku. HUH! GGGGRRR!
PADAN MUKE AKU!



Barani betol die nak majok ngan aku, aku tengah geram ni dia ta pujuk, dah die merajuk dengan aku pulak..Cis, maknanya aku kene pujuk la ni? ishh..
(mmg patot pon aku kene minta maaf kat dia)

Aku tahu dia ta nak reply dan angkat call aku, coz dye nak aku study..ta nak aku leke..ta nak aku main2, aku tahu. aku tahu..

dan aku tahu die sayang aku.. aku tahu.. sebab aku pun sayang die....

awak,sorry awak...




Sunday 11 September 2011

jiwang kejap

heyy.hope korang tayah bace entry kali ni,.




aku perempuan dan berkawan dengan sorang laki ni..ok lebih dari kawan sebenarnya tapi aku ta mo declared sebagai apa2.(excelly,saje dera dye tunggu aku)


ok,dye ni penyabar.siez penyabar.manakala aku ni cepat tol emosi..
dan sekarang aku tengah beremosi.. aku jenis manja dan biler aku marah.sedih,risau.mnyampah..aku mesti nak luahkan dekat sape2.tapi bukan dekat semua orang.aku nak luahkan dekat dia..dia jelah coz sukaati aku lah aku nak luahkan kat dia coz aku rase dia special dalam hidup aku..


tapi tiap kali apa2yang berlaku kat aku dan aku sampai nak nangis. dia ta de.. dia ta de untuk aku luahkan pe2..(dia tido!)  geramm tol. dan tiap kali tu gak.ade sorang kawan lelaki aku ni yang selalu kol aku bler aku de pob..(tataw lah.tiap kali aku d pob,dak uh kol aku.cm taw taw je) walaupun aku ta luahkan ape2 kat kawan laki aku ni, tapi aku ase lege dan aku ley gelak balek...power betol.


abes?ape function dia? sekadar tempat untuki suka2 je tapi bler sdeh dia tade.


macam ayat ni
"skandel ketawa memang ramai,skandel menangis sukar dicari.."


ps: NGADE kan entri kali ni? mmg lah! n sukeaty aku lah!
taaa!

Thursday 8 September 2011

Bukan mimpi basah..

Salam, pemimpi2 sekalian..
tengok yang tengah mencangkung tu




Sekarang ni cik ew nya jdual tidur da pelik. Biasalah tu sebagai pelajar U. Yang paling kerap cik ew buat ialah, tidur pukul 11malam dan bangun pukul 2. 3jam tu. Tapi selepas bangun dari tidur yang 3jam tu, sure belajar ta ngantuk..segar bugggar! tu bagi cik ew laa.. tapi kalau ngantuk juga, cik ew akan tidur lepas subuh..bukan sebelum, why? sebab nanti cik ew terlepas subuh.


Gila apo ta subuh..ta mo lah ta solat subuh, nanti jadi turun temurun kat generasi cik ew cane? ah cane?cane? cik ew ni kire baik lagi ta wat bende jahat2 dan ta senonoh walaupun cik ew terkadang tertinggal subuh..(sila percaya dan yakin 101%.Muah!). Sebab, solat tu kan pedinding kita, benteng kita, solat tu boleh jaga akhlak kita taw. Memang wujud orang kurang ajo, perangai macan syait0oon tapi mereka sembahyang. Sembahyang tapi perangai setan? tu sebab sembahyang dia mesti ada something pelik2. pelik2? maksudnya ta sempurna..something wrong la kan..


Ok ok..bukan nak cerita pasal sembahyang, solat subuh atau macam mane nak manage timetable tidur korang. Tu hang punya pasol lah. weeheheeh. Cik ew mahu cerita pasol mimpi ta basah cik ew ni!


Pagi tadi ta stay up pon..huh. Kechewa abes. Test bertubi2. Cuak menyerbu. Tapi boleh lek2 je tidur. hmmm.. Dan tengah hari tadi lepas kuliah, cik ew pon tertidur lah bersama note yang nak study untuk menghadapi test pada hari esok..


Mimpi tu pelik weyhh..
Siez cik ew tak ingat sangat cane begining dia. Tapi yang cik ew engat akhir2 dia..


Dalam library, semua orang senyap study. Cik ew dengan pakaian ala2 superwomen or so what ever lah, macam pakaian makhluk yang ada super power camtu lah dan tak lah tuff. Cik ew jalan dalam taman dalam library dengan tak mengikut laluannya.Jalan itu dipagari pagar paras pinggang dan tak bersambung habis, ada putus2 dan cik ew main lalu je dekat jarak kecil antara pagar itu sebab jarak antara pagar tu muat2 badan cik ew. (Biase lerr, kurus! hohohoo!). Tapi orang dalam library tu gelak gila2. Why EAA?

Cik ew pun terpandanglah kaunter kedai runcit dalam library tu..(selalunya library ta galakkan makan dalam library tapi ni lain,dalam kedai tu jual macam2.) . Ada orang jahat dalam cerita pink panter sebagai penjual dan batman sebagai pembeli dekat kaunter tu. Tapi batman tu pendek ta seperti dalam filem orang2 futeh.
ni macam hensem lagi tuff, cube bayangkan batman ni pendek




Batman : Bang saya nak oblong.
Orang jahat dalam cerita pink panter: Hah??? (Muka hairan nak mati)


Yelah mana ade oblong dekat kedai runcit tu.Yang ade macam roti2, snek2, biskut dan kerepek2..Memang pelik dan agak..pelik


Batman & Orang jahat dalam cerita pink panter: (Senyap dan berpandangan sesama mereka)

Orang jahat dalam cerita pink panter: (Still buat masih pelik dan tterkejut beruk mak yeyeh)


lah lah, batman pendek tu keluarkan tangan robot dia..dan memanjangkan tangannya lalu..mencapai kaya roti di rak belakang orang jahat dalam cerita pink panter tu..Tu je

dan..























"Massshhhhharakaat!!!"

dan tu je ucapan yang mampu keluar dari mulut orang jahat dalam cerita pink panter.



Ok, cik ew pon ta tahu kenapa cik ew dianugerahkan mimpi tu. Batman? cik ew pakai baju super women? Orang jahat dalam cerita pink panter? WHAT DA fuu fuu~

maybe mungkin sebab cik ew sebelum tertidur tu study subject law, tu yang ada perkataan justice lah..morality la..mungkin kot..

Duh!
err superwomen? sila jangan bayangkan cik ew macam ni





Monday 5 September 2011

makhluk bermisai dan berbulu-bulu 1

MeeeeeeEEEEeOW penggemar dan pembenci kucing sekalian,



Sebenarnya cik ew ni penggemar kucing ya. Ta kira apa jua jenis kucing di dunia, cik ew amat gemar akan mereka. Kalau tengah tidur senyenyak2nya and then,datanglah si je-je kat cik ew lalu mengendeng2 dan melentok2kan badannya serta berguling2,buat kuak rentang la hape. cik ew mane ley tahan..Ta boleh Ta boleh sama sekali. Ibarat seperti kaum adam cuci mata &geram melihat gelagat dan lekuk2 badan kaum hawa, ibarat kucing geram dengan ikan segar dekat dalam sinki..macam tulah perasaan geram cik ew kepada kucing.

ahh..lalu dipeluknya si je-je erat2kemas2 oleh cik ew. Dibelai2 dan diusap2..dan si je-je berkata
"Meow"



Alolooo.. ta ke kiut tu?


"Meow
Meow lagi?..Alolo kiutnye..

dan si je-je blah ke dapur meninggalkan cik ew. Cik ew pun terpinga2..
WHAT?! what da fu fu..

ok. cik ew amat menyampah apabila orang nak sayang2 dia rupa-rupanya si je-je golek2,nyendeng2, terlentang sana sini hanya untuk pancing cik ew ke dapur( suruh kasi makanan lettew~)
GGggrr! tahu tadi kasi je pelempang,penendang, penyepak dan penumbuk ke makhluk bermisai itu.

HUH!


tapi cik ew dengan berat hati pergi ke dapur beri juga si je-je makan. Kalaulah si je-je minta suap...
terbayang-bayang dalam fikiran cik ew ni, nak je sumbat sayur kangkung terung sawi kobis dalam mulut engkau kucing. Biar berak sayur!

Wahahah!..tapi hanya imaginasi, reality?sayang itu masih ada..wiwiit.

Friday 19 August 2011

hantu Kum Kum

ce bayangkan tengah cuak2 pikir sape kat pintu,kawan korang kat sebelah wat muke camtu..weee
                                                                                   
salam kepada hantu2 yang tgah bace blog cik ew ni,


KISAH INI KISAH BENAR para penakot semua, tak berani. ta payah bace.


4.20am,pagi Sabtu


Sedang cik ew menyiapkan assingnment BEL313 a.k.a Critical Thinking ni...


"whoooah!bapak lah.emaklah! sakit giler pale otak perut bahu mate limpe jantung aku..grrrr.datang lah idea.datamglah ideaa...."


 Cik ew mengomel sensorang diri. Otak cik ew pun ligat menyeru2 idea.Sambil melakukan kan pemujaan dengan menyanyi lagu 'i need a doctor' yang dimana cik ew ditemani abang Eminem..ehem.


Nyanyi punya nyanyi punya menyalak punya menyalak...sekali,


TUK!TUK!TUK!


Cik ew pantas memandang If If dan Kil kil. Tak tak diorang ta ketuk meje.masing masing sebuk ngan gal masing2 kot..abaikan.abaikan..


Tenang


TUK!TUK!TUK!


Sekilas, semua pandang cik ew. Cik ew ta nak mgalah. Cik ew pun lawan balek pandangan mata diorang.K Bukan cik ew sahaja yang bermain dengan perasaan. Eh JAP jap.pintu tak berkunci kan??? Cik ew cepat2 arahkan if if kunci pintu rumah tu..(alahai selama ni ta pernah kunci pun.Semua tidur menonggeng kat ruang depan selame ni, selama badaks jep).If if pun cuak2 cepat2 kunci pintu..


"Eh, ce tengok sape kat luar tu, kan Mi Mi ta balik lagi kan?bukan dye gi disscussion ker?"


Cik ew meminta kepastian. Dan pertanyaan cik ew itu disokong oleh Kil Kil. Kil Kil mengangguk2kan kepala.Macam watak noddy dalam cerita kartun 'make way for naddy'. Ya setahu kitorang, MiMi tido lambat dan nak terangkan kitorang ni pasal subjek yang kritikal ni.almaklum laa,kitorang memeng lemmm sikit dalam bab kritikal ni. Tapi dak Mi ta muncul2..Betol kot Mi Mi yang kat luar dok ketuk pintu 3kali pastu senyap. lame sikit. ketuk lagi 3 kali dan ssenyap..Aishh?macam pelik je.


"Mi Mi dah tidolah.."


Seraya If If  menolak daun pintu biliknya dan terlihatlah Mi Mi sedang tidur terbongkang. Eerr. sangat senonoh.


TUK!TUK!TUK! ....
..."Kum..."


What? da pandai bagi salam dah.tapi kami hanya dengar perkataan 'kum' jep..peh..Semua dah buat muka cuak..Sape atau ape yang misteri sangat sampai ketuk 3kali tapi tak bertubi2.then kasi salam hanya dengar pada hujung ayat jep. dan suara dia agak MEREMANGKAN..ala2 garau2 sikit, Weyhh.kalau student takkan nak datang rumah kami di tingkat 5..Nape nak datang awal pagi? Nape tak tunggu di sore hari?(cewah Sore sore lak)..


"...kum.."


"Weyh Sape weyhh!!?" (pure2 berani. tapi tak try selak langsir pintu..)
"Oiii ape kat luar?!" makin ramai melantang kan suara. Sambil wat mke stim..eh cuak!cuakebebeh aa.


Senyap.


"Kil, ko try aaa buka. ntah2 dia dah bla..." Kil mengangguk..lambat2. Kil pulas tombol pintu dan...


dupdapdupdap! a.k.a lupduplupdup!(budak bio je taw,coz dulu aku penah ambil Bio)
























ada lembaga..sesusuk tubuh..membelakangkan kitorang..






















"Weyhh Mi Mi ade tak?ni yang dia tempah naci lemak dari madam untuk bersahur ni"


dia tidur2 dapat nasi lemak.cik ew stay up, megi goreng sodap je..alahai~
                                                         
Heh.makhluk tu bawa makanan lerr..terharunye..BUT bukan untuk cik ew.CIIIIeH!
ceh,shial lah petuuiiih!(dalam hati jeler mencarut2..gadis comel cam cik ew mane mencarut.apa barang mencarut~)


Hehehe..


-habis sudah-


ps: makhluk tu berasal dari sarawak dan suara dia agak garaw walaupun dye betino perempuang

Thursday 18 August 2011

Lelaki lembut hati dan Perempuan Kuat

bila guys nagis tengok cerita korea.Hehe

                                                                       
salam kepada guy sopan, dan girls baik.


Guys ni bisingkan? Bising giler, Aalah, girls pon same bising lagi gile2 tapi sesetengah manusia disekeliling cik ew ni. Hoh. kalau guy, cik ew boleh terima lagi perangai macamtu. (laki bising menyalak? Oh.not my taste! boleh bla.) Ok la..laki kalau diorang cakap kuat2, boleh diterima cause mungkin halkum mereka mengganggu salur suara mereka sampai memang diaorang borak cam loudspeaker.mungkin lah. Guy mencarut? mungkin sebab diorang memang nak tunjuk itu memang bahasa lelaki..Tak cool la beb ta mencarut satu hari. ta cool ta cool..pale hotak hang. Guy mencarut2 dengan guy, cik ew tak ambil pusing sangat. But, kalau diorang cakap dengan girl yang cute2 cam cik ew ni, yang memiliki hati kaca dan selembut tisu cam cik ew ni..memeng tak boleh blah,.Weyhh kitorang berhati lembut seyh..kitorang makhluk yang mudah terasa . Cik ew memang suke statement ni.

"Disebalik kekasaran seorang lelaki, pasti ada secebis kelembutan.
 Dan kelembutan itulah yang berjaya menawan hati seorang perempuan.
 Disebalik kelembutan seorang perempuan, pasti ada terselit sedikit ketegasan,
 Dan ketegasan itulah berjaya menambat hati lelaki"

Hah. Paham? bukan statement dok bebel yang perempuan suke laki auuAUUw tu. dan lelaki suke minah gangster tu semua. Meh sini cik ew terangkan. Bila laki tu kasar, mulut macam longkang bila bercakap, baju seluar gila2 cam pengemis lah koyak rabak sane sini, rambut macam guy dalam iklan serbuk pencuci baju Daia dan Trojan, cakap gebang je lebih, mencarut dah serupa macam berzikir dah. Tapi biler depan kita kaum hawa, kaum wangi ni. Diorang tunjukkan kelemah lembutan layanan mereka. sama2 merasa kesedihan kita, lembut untuk memujuk dan mengalah. Tak ke cair tu?woo0h.


Dan guy, tentu akan rasa semak biler awek die dok asik nangis memanjang.. ni tak leh wat. tu tak leh buat..dok mengadu 24jam mate pedih lah potong bawang, tak nak pergi luar rumah biler mak suruh buang sampah sebab geli lah.Nangis tak henti2 biler kucing and anjengs mati lah. ngadu tak nak makan ubat lah,takut lah,walhal dah nak nazak penyakit. Ngade.
Bila seseorang perempuan itu seorang yang tabah lagi2 apabila sesuatu musibah menimpa diri dia, dia kuat menghadapi dan berdikari dalam menyelesaikan masalahnya. that's macam suatu yang Whoaa gile lah. Ce bayangkan, ada seorang awek ni, punyalah sayang untill die lah kat tunang dia. dah nak kahwen ni. Around da corner lah tarikh nikah diorang. Sekali, tunang dia eksiden, and meninggal..Tapi prempuan tu tabah. Tak delah   nak join bunuh diri la hapelah.Nangis giler sambil Hantuk2 pale kat dinding sampai pecah kepala.Tak delah gi Giant semata2 nak bunuh diri. Macam orang lain kesah lak, baik diorang beli barang. Matilah ko sorang2 hancur badan cause bunuh diri terbang macam superman dari bumbung giant.


"oh romeo, i follow u" macam salleh yaakob en ayat dia.hehe


Nangis itu pesti.Sayang kot. tapi tak delah sampai ngade ta nak kawen sampai mati. ntah hape2ntah. saje je nak menambah kan bilangan andartu. kita mesti ingat,

                                                      "Cintakan bunga, akan layu
                                                        cintakan manusia, akan mati,
                                                       cintakan ALLAH kekal abadi"
                                                                         
Kita akan kehilangan semua orang. Sorang2 akan pergi dari hidup kite. Cume bila tiba masenye kita tak thu. Tapi pada masa itu. ingatlah.kita tak kan kehilangan Allah, cause Dia tidak pernah meninggalkan kita. Dan bila perempuan tu tabah gila.laki memang akan pandang tinggi habislah kat dia. seolah2 dia ni kuat. disebalik kelembutan tersirat kekuatan. special kan? lain dari lain..whoah.


ERrr macam dah lari tajuk jep HAha.biaselah bila cik ew bebel. Tapi hope korang dapat input dari post kali ini.. Guy, ta yah laah kasar2 sangat. U all akan nmpak kachak bila gunakan kekuatan korang pada masa yang sesuai macam tolong awek2 dari kene ragut ker, protect awek dari kene rogol ker.Sweetnyew! Bukan join ragut n rogol orang..Hampeh MeLAMPAU.Bullshit abez!
saya tabah menanggung kerinduan,buktinya lihat ketul2 di lengan saya.(WEhh!tak de kene mgene)
                                                                 

Yang perempuan lak, tak payah lah tunjukkan yang korang ni lembut lemah lembik semcam. Korang mesti ada pendirian korang dan pertahankan lah. ta yah goyang2 kan pendirian korang sampai goyah bila depan  kaum buaye guys ni. Ta patot betol! Buktikan yang korang boleh buat something without guys..Yeahh!


Tapi ade sesetengah guys yang ase tercabar biler awek diorang tak bergantung dengan diorang. Hehe.


Wednesday 17 August 2011

baru tak berapa nak baru

arrgghh! nak tulis blog, nak tulis blog
                                                                   
salam untuk muslims dan selamat sejahtera untuk non-muslims,
   *Ececeh cam ramai jep followers cik ew ni.


Chik ew ni bukanlah orang baru dalam blogging ni..pernah ada satu dulu but...but...but..da lupe psswoard. 
   *nak wat cne??
hem, tu jelah..ni cik ew buat balik blog ni cause macam banyak yang nak diluahkan tapi disimpan. Tapi, orang kate, ta baik dipendam-pendam ni,boleh jadi penyakit kan.

"sangat tidak baik menyimpan/memendam perasaan...karena sama aja kita menyiksa diri kita.. "


 chank Ck yang berkata-kata dan memang..memang cik ew setuju sangat2.


"Kenapa mesti di pendam kalau kita bisa mengungkapkan...kalau perasaan yg u maksud itu cinta...jangan pernah u memendam perasaan itu...biarpun bagaiman kamu harus bisa mengungkapkannya...walaupun kamu seorang perempuan..karna dengan mengungkapkan..orang akan jadi mengerti dan bisa menghargai perasaan kita...

Kalau kamu mau memendam perasaan...lebih baik yg kamu pendam itu adalah perasaan benci..."


Eerr. Kata-kata daripada chand CK ni da start melayang. Ada rasa-rasa macam ew-eww tu abaikan. *Geli i,U! cik ew pun perempuan, (ya perempuan comel. diulang. comel. comel gila.oho!) tapi tak payah lerr nak diskriminasi sangat..perempuan-laki.. ape-apelah. Tapi apa yang dia ni cakap betul juga..ya lebih baik kite pendam perasaan benci..pendam..pendam..dah tak tahan, bunuh orang..Haha! *k, melalut.

Jadi dengan ini. cik ew pun ta mahu lah pendam-pendam perasaan ni. Baik cik ew terburaikan saje apa yang tersimpan di benak fikiran dan dalam kotak hati ini ..wah! hanya di blog.

haa, dulu cik ew selalu tulis diari. tapi makin besar makin malas. tulisan pun bukannya all the time cantik molek semolek tuannya.hee..hendak-hendak lagi semasa marah,emo-emo, tension-tension..cam tulisan orang asli.(tapi orang asli sekarang dah pandai taw,english education tu yuuu!) nak lukis ,nyampah lak. nanti serupa dengan orang zaman batu lak.. 

so, blog jeler~